Sukan Hari Ini

Waspada Bos Gaurus

Kuala Lumpur: Pertembungan dengan Perak pada separuh akhir pertama Piala FA Jumaat ini mencetus kebimbangan jurulatih PKNS E Elavarasan tatkala pasukannya berdepan masalah di benteng pertahanan.

Ini susulan rekod buruk pertahanan kelab Liga Perdana itu yang dibolosi tujuh gol dalam dua perlawanan terakhir termasuk tewas 3-4 di tangan Negeri Sembilan minggu lalu.

Biarpun jentera serangan PKNS cukup mantap dengan meledak 13 gol sepanjang kempen Piala FA kali ini namun Elavarasan sedar dalam aksi timbal balik ini, mereka tidak boleh membiarkan Perak yang berkunjung ke Stadium Hang Jebat, Melaka mendapat kelebihan.

“Dalam dua aksi terakhir liga kami dibolosi tujuh gol jadi kami perlu perbaiki bahagian pertahanan. Kami tahu Perak pasukan yang memiliki kepantasan dalam permainan serta pemain yang rajin.

“Bagi saya dalam saingan Piala FA ini, semua pasukan memiliki peluang seimbang jadi kami tidak boleh ambil mudah,” katanya kepada Arena Metro semalam.

PKNS mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Sime Darby dengan agregat 7-2 pada suku akhir dan laluan mereka untuk beraksi di pentas final Piala FA buat kali pertama kian terbuka.

Apa yang perlu dilakukan anak buah Elavarasan adalah menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri pada pertemuan pertama dengan Perak bagi mengelak tekanan pada aksi kedua di Ipoh pada 30 April depan.

“Saya tiada masalah untuk menurunkan barisan terbaik kerana tiada pemain yang cedera dan hanya Nizam Abu Bakar digantung perlawanan.

“Kami perlu mendapat keputusan baik di laman sendiri kerana tahu Perak bukan mudah ditewaskan di gelanggang mereka,” ujar Elavarasan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");