Jenayah

Lori rentung dalam terowong

BENTONG: Sebuah lori 24 tan membawa muatan kayu musnah terbakar di Kilometer 47.5, dalam terowong Genting Sempah di sini awal pagi kelmarin.

Kejadian pada jam 1.29 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa apabila pemandu terbabit sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, ketika kejadian, lori itu dalam perjalanan dari Bentong ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, seramai tujuh pegawai serta anggota Bomba dan Penyelamat Bentong terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran dengan dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.

“Sebaik sampai ke lokasi, kita dapati api sedang marak dan kerja pemadaman segera dilakukan.

“Anggota bomba terpaksa memakai alat bantuan pernafasan untuk memadamkan kebakaran itu kerana asap yang tebal,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh sejam iaitu pada kira-kira jam 2.25 pagi.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang lori dan memusnahkan hampir keseluruhan badan kenderaan itu.

Zainal Abidin berkata, api berjaya dikawal daripada merebak ke bahagian depan lori dan kenderaan itu musnah 70 peratus.

Menurutnya, jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");