Perak Hari Ini

MB Inc : Pembangkang Jangan Bersikap ‘Double Standard’

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor) mengingatkan pakatan pembangkang agar tidak bersikap ‘double standard’ berhubung Perbadanan Menteri Besar (MB Inc).

Tegas Zambry lagi, beliau telah berulang-ulang kali menjelaskan beberapa isu berkaitan MB Inc termasuklah tentang hasil audit syarikat tersebut.

“Kononnya pembangkang ingin menghantar surat kepada Ketua Audit Negara untuk menunjukkan betapa ketidaktelusannya syarikat ini.

“Saya cabar mereka untuk pergi semak di negeri-negeri lain termasuk di negeri yang diterajui mereka sama ada MB Inc ada membuat pembentangan atau tidak di dalam Dewan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas sesi penggulungan sidang Dewan Negeri, hari ini.

Ujarnya, di dalam Enakmen MB Inc, tidak terkandung atau tidak disebut untuk agensi itu membentangkan laporan kewangan di dalam Dewan Negeri.

“Tetapi ianya tidak bermakna MB Inc tidak membuat audit dalaman dan luaran di peringkat syarikat.

“Tiap-tiap tahun laporan audit dibuat dan dibentangkan. Jadi siapa nak pergi tengok, pergi sahaja,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Zambry berkata, sebarang isu berkaitan audit adalah asas untuk sesebuah agensi dan anak syarikat.

Berikutan itu, beliau menyifatkan perkara yang dimainkan oleh pembangkang adalah lebih kepada permainan politik yang cuba menggambarkan bahawa MB Inc adalah sebuah agensi yang buruk.

“MB Inc baharu sahaja ditubuhkan pada 2012. Baru nak bermula tetapi sudah diserang dengan begitu keras.

“Ianya dimainkan berulang kali sehingga ada yang percaya apa yang mereka katakan. Sebab itu saya terpaksa jelaskan berulang kali termasuklah dalam sidang Dewan Negeri yang lalu,”ujarnya.

Ujarnya lagi, beliau juga tertanya-tanya mengapa MB Inc dijadikan sasaran oleh pihak pembangkang yang sepatutnya memberi cadangan untuk menambahbaik kepada syarikat tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");