Panasnya Hari Ini

Nazir Bercuti Beri Ruang Siasatan Mengenai Pemindahan AS$7 juta

KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan bahawa beliau akan mengambil cuti secara sukarela bermula hari ini untuk membolehkan satu siasatan bebas dijalankan membabitkan isu pemindahan wang AS$7 juta.

Memetik sumber laporan Astro Awani, tindakan itu juga diambil bagi membolehkan satu siasatan dilakukan terhadap proses dan polisi kumpulan perbankan berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, semakan akan dijalankan oleh konsultan bebas, Ernst and Young malah Kumpulan CIMB turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 hari ini dan Nazir turut hadir pada mesyuarat itu.

Nazir menegaskan tindakannya bersetuju untuk bercuti secara sukarela dibuat hanya setelah mengesahkan ia (penerimaan wang AS$7 juta) tidak melanggar sebarang undang-undang dalam satu sidang akhbar sejurus selesai mesyuarat.

“Saya tidak umumkan perkara ini lebih awal kerana ia tidak perlu, kerana ia tidak langgar undang-undang.

“Saya menyesal dengan perbuatan ini, tetapi tidak akan jejaskan reputasi saya dan CIMB secara sengaja. Saya sedia menjadi telus dan berehat seketika sementara siasatan dalaman dijalankan,” katanya.

Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun rasmi Instagramnya hari ini menyifatkan tindakan Nazir itu sebagai satu “class act”.

“Langkah itu diambil atas amalan tadbir urus korporat yang baik serta ketelusan.”

Terdahulu, Nazir sebelum ini dilaporkan menerima sejumlah AS$7 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga abangnya untuk dipindahkan kepada ahli politik parti pemerintah.

Pada waktu rehat tengah hari, harga saham CIMB susut satu sen kepada RM4.87, dengan 4.15 juta saham diurusniagakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");