Panasnya Hari Ini

MB Johor Dapat Sokongan Penuh Semua Pihak

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Md. Jais Sarday menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendapat sokongan penuh semua pihak termasuk barisan anggota EXCO mahupun UMNO negeri itu.

Malah jelasnya, sehingga kini ramai pihak menghubunginya dan menyatakan kebimbangan mengenai dakwaan terdapatnya tindakan untuk menggulingkan menteri besar itu.

“Seharian hingga larut malam saya menerima panggilan (telefon) dan mesej menyatakan kebimbangan dengan perkara itu (menggulingkan Menteri Besar).

“Kami, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan UMNO Johor akan terus mendokong kepimpinan beliau (Mohamed Khaled) untuk menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan,” memetik sumber Freemalaysiatoday.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, beliau memahami perasaan sahabat dan rakan-rakannya dalam parti mahupun kerajaan berikutan spekulasi tersebut.

Terdahulu, ahli UMNO, Bahagian Sri Gading, Shukur Mohamed mendakwa, wujud konspirasi oleh kumpulan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyingkirkan Mohamed Khaled sebagai Menteri Besar Johor.

Kumpulan itu didakwa diketuai seorang timbalan menteri yang akan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu menggantikan Mohamed Khaled dengan alasan bagi mengawal UMNO Johor tidak menentang Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");