Panasnya Hari Ini

Campur Tangan Asing : MCA Sifatkan Kenyataan Tun M Sebagai Khianat

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker hari ini membidas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata hanya campur tangan asing sahaja mampu menyelamatkan Malaysia.

Beliau menyifatkan kenyataan Tun Mahathir seperti yang dilaporkan dalam The Australian semalam adalah satu perbuatan khianat.

“Saya percaya ramai, walaupun di antara pembangkang akan tidak bersetuju dengan telatah terbarunya menjemput campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negara.

“Tidak ada justifikasi untuk menjemput campur tangan asing atau menyerahkan kedaulatan negara dan pemerintahan sendiri kepada negara asing,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Terdahulu, Tun Mahathir yang mengambil keputusan keluar daripada UMNO Februari lalu telah mengisytiharkan ‘perang terbuka’ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bergabung dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat.

Deklarasi tersebut antaranya menuntut agar Najib melepaskan jawatannya berhubung beberapa dakwaan skandal yang dihadapinya.

Semalam, Tun Mahathir memberitahu kepada akhbar harian Australia bahawa campur tangan asing adalah satu-satunya cara yang tinggal untuk menyelamatkan negara ini berikutan tiadanya pilihan lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");