Perak Hari Ini

MB Tolak Dakwaan Sektor Pelancongan Perak Merosot

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menolak dakwaan pihak pembangkang kononnya industri pelancongan di Perak berada dalam keadaan yang mendukacitakan.

Tegasnya, dakwaan ADUN Kepayang Nga Kor Ming adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Beliau menjelaskan bahawa Perak mencatatkan kedatangan pelancong tertinggi sekali di Malaysia iaitu sebanyak 7 juta pelancong domestik dalam tempoh masa tiga tahun.

“Kadar pelancongan sejak tahun 2013 sehingga 2015 bukannya melalui dasar dari Kerajaan negeri tetapi menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

“Negeri ini mencatatkan kedatangan pelancongan tertingi sekali di Malaysia sebanyak 7 juta pelancong domestik dalam tempoh masa tiga tahun,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang disifatkan oleh Nga gagal berfungsi dengan baik, tegasnya sehingga kini pelbagai perancangan yang dijalankan bagi menghidupkan semula lapangan terbang itu sedang dipergiatkan.

“Kini sebanyak 40 kali perjalanan melibatkan penerbangan FireFly, Malindo Air dan Tiger Air dan beliau hanya melihat dari sudut Malindo Air yang berhenti tetapi tidak melihat dari sudut Malindo Air yang tetap beroperasi ke destinasi yang lain.

“Firefly membuat penerbangan 21 kali seminggu, Malindo Air 7 kali seminggu begitu juga dengan Tiger Air tujuh kali seminggu bergantung kepada permintaan,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi,  masalah utama lapangan terbang tersebut adalah berkaitan keadaan lapangan terbang yang semakin kecil ruangnya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi tahun 2016 dan 2020, kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6.9 bilion kepada negeri ini.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 78 peratus berbanding dengan Rancangan Malaysia ke-10 iaitu sebanyak RM5.37 juta bagi rancangan Malaysia ke-11 kita memperolehi RM9.6 bilion,” katanya menepis dakwaan ADUN Kepayang yang menyatakan bahawa peruntukan RMK-11 kepada negeri ini semakin berkurangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");