Perak Hari Ini

MBI Terima Anugerah ‘Excellent Award Di MLAA 2015

IPOH : Bersempena dengan Malaysia Landscape Architecture Award 2015 yang diadakan pada 9 April lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memenangi Anugerah ‘Excellent Award” Kategori Government Agency/Green City.

MBI memenangi anugerah tersebut menerusi produk inovasinya, Sistem eZe3@MBI yang merupakan satu sistem pengurusan landskap telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah tertinggi dalam penyertaan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia kerana penggunaan teknologi dan inovatif dalam penyelenggaraan landskap di Bandaraya Ipoh.

Majlis tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia.

Sistem inovasi MBI itu juga berjaya memenangi Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak pada tahun 2014.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan penilaian juri professional serta dari pengamal profesion dari Malaysia dan antarabangsa.

Ia juga turut diiktiraf oleh International Federation of Landscape Architect.

Pengarah Kanan (Pentadbiran & Kewangan), Saidatul Akma Jamaludin dan Pengarah Landskap Bandaraya Meor Abdullah Zaidi Meor Razali, mewakili Majlis Bandaraya Ipoh untuk menerima anugerah ini daripada Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) , Datuk Halimah Sadique.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan yang menjadi nadi kekuatan Majlis Bandaraya Ipoh dalam mentadbir Bandaraya Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");