Panasnya Hari Ini

‘Memang kerja pembangkang putar belit fakta’

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Hasan Malek menegaskan bahawa tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menggambarkan tindakan pembangkang yang suka memutar belitkan fakta.

Hasan yang dipetik daripada Sinar Harian berkata, tujuan pihak tersebut adalah untuk mengelirukan rakyat semata-mata.

“Tidak perlu ambil pusing… memang kerja pembangkang putar belit fakta.

“Jangan peduli tohmahan mereka… tujuannya cuma hendak kelirukan rakyat. Sebab itu mereka asyik cari salah kerajaan. Macam-macam jalan digunakan untuk capai matlamat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau turut menasihatkan agar pihak tersebut untuk berhenti daripada membuat kerja yang tidak berfaedah.

“Cukup-cukuplah… letak titik noktah pada isu derma dari Arab Saudi. Rakyat sudah muak mendengarnya,” katanya.

Hasan yang juga merupakan Duta Besar ke Kemboja berkata, adalah lebih elok sekiranya masa dan tenaga yang ada pada pembangkang digunakan ke arah yang lebih bermanfaat.

“Patutnya mereka beri tumpuan untuk bina negara dan menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Bukannya cuba memecahbelahkan lagi,” katanya lagi.

Media melaporkan sebelum ini, Mat Sabu menjadikan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir sebagai asas kepada dakwaannya.

“Pengakuan memberi derma kepada Najib menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok diketuai Arab Saudi,” ujarnya.

Terdahulu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu telah mendakwa bahawa kononnya Malaysia dan Perdana Menteri telah dibeli Arab Saudi untuk menyertai blok besar di Timur Tengah menerusi pemberian derma RM2.6 bilion.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");