Panasnya Hari Ini

Menteri Hari Ini Lebih Sibuk Membela Najib Daripada Rakyat – Anina

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyifatkan menteri kabinet di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini lebih banyak ‘membela’ Perdana Menteri daripada menjalankan tugas hakiki mereka iaitu membela nasib rakyat.

Katanya, menteri yang membela Najib itu bukan memberikan fakta pembelaan, sebaliknya hanya menghina mereka yang mengkritik Najib.

“Setiap dari menteri kabinet hari ini hanya sibuk menjalankan agenda untuk mempertahankan Najib. Siang malam mereka bercakap untuk membela Najib.

“Persoalannya, adakah mereka memberikan fakta pembelaan? Tidak! Mereka hanya membela Najib dengan menghina pengkritik Najib.

“Apabila Tun Mahathir Mohamad kata Najib mencuri, tiada seorang menteri yang memberi bukti Najib tidak mencuri, sebaliknya mereka mencerca Tun Mahathir,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya, tidak ada seorang menteri pun mampu memberikan kenyataan bijak atau mengumumkan strategi bagaimana Malaysia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu mahasiswa yang bakal tamatkan pengajian di dalam mahupun luar negara.

“Strategi yang ada adalah bagaimana untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman pengajian samada PTPTN mahupun Mara.

“Bagaimana strategi ini akan berjaya jika mahasiswa tidak bekerja, tambahan lagi kos sara hidup yang semakin meningkat,”ujarnya.

Berikutan itu, beliau meminta agar menteri lebih memberi fokus kepada kerja hakiki atau melepaskan jawatan sekiranya tidak mampu menjalankan tugas, sebaliknya menjadi jurucakap kepada Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");