Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : 50 Peratus Kerusi Pakatan Harapan Sudah Dimuktamadkan

KUALA LUMPUR: Lebih separuh kerusi yang bakal ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak telah dimuktamadkan.

Timbalah Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua kerusi tersebut akan menggunakan ‘tiket’ PH, sama seperti yang dimaklumkan oleh Pengarah Pilihanraya Sarawak, Nurul Izzah Anwar.

Namun begitu, bagi kerusi yang akan ditandingi PAS pula, pihaknya masih lagi mengadakan perbincangan.

“Lebih 50 peratus kerusi (PH) sudah diselesaikan, itu apa yang Nurul Izzah selaku pengarah PRN Sarawak lapor kepada saya pagi ini. Dia beritahu bahawa lebih 50 peratus kerusi sudah diselesaikan.

“Ada beberapa kerusi lagi yang masih dibelenggu isu perebutan. Beliau akan berjumpa Setiausaha DAP, Lim Guan Eng tidak lama lagi untuk menyelesaikan pertindihan kerusi berkenaan,”kata Azmin, memetik laporan Antarapos.

Dalam masa yang sama, Azmin berkata, pihaknya akan cuba mengelakkan berlaku pertindihan kerusi diantara PAS dan PH supaya tidak memberi sebarang kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

“PAS masih kekal dengan PKR, sudah tentu kita mahu melihat matlamat sama dicapai. Kita cuba elakkanlah. Kita akan cuba elakkan sebaik mungkin,”ujarnya.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan bertanding 11 kerusi di PRN Sarawak.

Parti Amanah Negara (AMANAH) menerusi Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub pula kemudiannya mengumumkan akan bertanding 13 kerusi di pilihanraya negeri berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");