Panasnya Hari Ini

Mohamad Ezam Nafi Akan Sertai Semula Politik Tanahair

KUALA LUMPUR: Bekas Senator, Mohamad Ezam Mohd Noor hari ini menafikan beliau akan menyertai semula politik negara apabila sebuah portal berita mendakwa beliau akan kembali menyertai PKR dalam masa terdekat.

Terdahulu, portal berita tersebut mendakwa, Mohamad Ezam dikatakan akan membantu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mengukuhkan kedudukan politik Presiden PKR itu.

Tegas Mohamad Ezam, beliau tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke arena politik tanahair.

“Saya telah lama tinggalkan politik dan tiada rencana kembali ke politik. Memang saya ada mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh politik pelbagai parti semasa di Malaysia, tetapi topiknya rasuah, bukan politik.

“Sama juga keputusanan saya tinggalkan jawatan saya di MOF (Kementerian Kewangan), ianya berkait soal rasuah,”katanya, lapor Sinar Harian.

Jelasnya lagi, beliau kini hanya memberi fokus kepada Hisbah Centre For Reform yang berpusat di Indonesia, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti-aktiviti anti-rasuah.

Dalam masa yang sama, Mohamad Ezam yang juga bekas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan ketika awal penubuhan PKR turut menyifatkan berita yang disiarkan oleh portal berita tersebut hanyalah sekadar khabar angin dan berniat jahat.

Portal tersebut mendakwa, Mohamad Ezam telah berjumpa dan beberapa perbincangan dengan Wan Azizah untuk membantu mengukuhkan sokongan politik Ketua Pembangkang itu yang semakin merosot.

Mohamad Ezam juga dikatakan akan diberi peranan dan tanggungjawab untuk mewujudkan ‘check and balance’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, Mohamad Ezam melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai Ahli Dewan Negara sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Bagaimanapun, beliau tidak lagi berkhidmat dengan kementerian tersebut pada 1 April lalu walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun hadapan.

Mohamad Ezam telah meninggalkan PKR pada tahun 2007 berikutan hilang keyakinan terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum menyertai UMNO pada tahun 2008.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");