Membawang Hari Ini

‘Saya mahu popular’

Tanpa segan dan ragu, Izzmad Harun, 22, menegaskan dia mahu popular kerana ia penting untuk meraih pelbagai peluang dalam bidang seni.

Ujarnya, andai tidak popular siapa mahu mengambilnya menyanyi dan berlakon.

“Kenapa saya mesti malu bercakap perkara yang benar? Saya yakin siapa pun yang menceburi bidang seni pasti mahu popular.

“Saya juga tidak takut mengharungi cabaran dan bekerja dengan sesiapa saja. Jika ada yang sudi, saya mahu berduet dengan artis popular kerana mahu belajar daripada mereka,” katanya.

Rayunya, berilah peluang kepada pendatang baru sepertinya untuk mencipta nama dan berjanji melakukan yang terbaik.

Izzmad juga tahu untuk berjaya, dia tidak boleh syok sendiri dan tidak kisah dikritik.

“Saya rela ditegur dan pasti membetulkan kesilapan diri,” katanya.

Bagi membuktikan kata-kata itu, Izzma menjelaskan baru-baru ini ada peminat menegur gaya rambutnya ketinggalan zaman.

Tanpa membuang masa, dia segera ke kedai gunting rambut untuk mengubah gaya rambutnya dan ketika hadir ke sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar, penampilannya nampak lebih segar dan ranggi.

“Saya terima teguran itu dengan hati terbuka. Mereka tegur kerana sayang dan mahu saya berjaya,” katanya.

Surat khabar masih relevan

Mengulas mengenai kemunculan media sosial, portal dan blog, Izzmad mengakui dia masih memerlukan akhbar untuk mempromosikan kerjaya seninya.

“Bagi saya akhbar masih memainkan peranan utama dalam menyebarkan dan menyampaikan maklumat yang berkesan kepada masyarakat.

“Teknologi terkini menjadi trend dan gaya hidup masyarakat terutama orang muda, tetapi jangan lupa yang kita ada ramai pembaca dalam kalangan generasi lama yang masih menjadikan akhbar sebagai rujukan utama.

“Saya yakin akhbar masih relevan dan akan terus bertahan. Jika perlukan publisiti, pasti akhbar utama dalam negara ada dalam senarai pilihan saya,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Izzmad tampil dengan single baru berjudul Bulan Bintang dan berharap karya itu dapat memberikan sinar dalam karier seninya.

Lebih setahun berada dalam industri, Izzmad tidak pernah kenal erti putus asa untuk meletakkan dirinya dalam industri seni.

“Lambat atau cepat kejayaan yang bakal diraih saya serahkan kepada Allah SWT. Apa yang penting saya akan terus berusaha. Saya tidak mengehadkan pembabitan dalam bidang nyanyian semata-mata sebaliknya turut menceburi bidang lakonan.

“Terima kasih kepada pengarah Suhaimi Lua kerana memberi peluang kepada saya berlakon dalam telefilem arahannya, Jangan Ambil Botol Itu yang disiarkan di TV9 baru-baru ini,” katanya.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");