Panasnya Hari Ini

Najib Dilabel ‘Menteri Kewangan Tidak Bertanggungjawab’

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengendahkan kesalahan yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sebagai ‘Menteri Kewangan paling tidak bertanggungjawab’.

Pemimpin DAP, Tony Pua berkata, ini kerana Najib lebih berminat dalam retorik politik, buktinya ialah beliau lebih memfokuskan 1MDB tidak kehilangan RM42 bilion seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hanya kerana seorang lelaki memetik angka salah untuk jumlah tabung yang tidak jelas, tidak bermakna tiada wang berbilion dolar yang telah hilang.

“Kami sudah mengesahkan sekurang-kurangnya USD5.5 bilion wang dan aset-aset 1MDB tidak boleh disahkan Ketua Audit Negara, selepas siasatan selama setahun,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkan PAC semalam yang mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat pelaburan strategik itu ‘kurang memuaskan’ yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu lagi, walaupun laporan itu tidak mengaitkan Najib dengan sebarang salah laku dalam pengurusan sayap pelaburan strategik kerajaan itu, Najib masih perlu bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Terdahulu, Tony yang juga ahli PAC dalam satu kenyataan menuntut penjelasan daripada syarikat itu mengenai keengganan 1MDB menyerahkan penyata akaun bank luar negara dan anak-anak syarikatnya kepada Ketua Audit Negara serta PAC.

Ianya berikutan 1DMB mengecam dakwaan berhubung kehilangan RM42 bilion dengan menjelaskan jumlah itu telah diambil kira berdasarkan penyata kewangan yang telah diserahkan kepada PAC.

Jelas Tony lagi, PAC tidak pernah secara khusus menyatakan wang itu telah hilang.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan mengapa 1MDB tidak menerangkan di mana wang tersebut berada jika syarikat tersebut tersinggung dengan laporan Wall Street Journal (WSJ).

“Kedegilan 1MDB dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara, selepas peringatan demi peringatan diberikan Ketua Audit Negara dan PAC hanya menguatkan lagi syak wasangka dunia bahawa sesungguhnya berbilion-bilion dolar telah hilang,”ujarnya.

Tambah Tony lagi, 1MDB perlu ‘berhenti berlakon sebagai mangsa terhadap konspirasi dunia yang tidak wujud’ terhadap syarikat itu, ketika ia mempunyai banyak peluang untuk membersihkan nama syarikat tersebut sejak dua tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");