Panasnya Hari Ini

Najib Ucap Tahniah Kepada Pak Lah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diatas pelantikannya sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas)yang baharu.

Ucapan tersebut telah disampaikan menerusi catatan terbaharu di laman Facebook milik beliau, hari ini.

“Tahniah Pak Lah, atas pelantikan beliau sebagai penasihat baru Petroliam Nasional Berhad (Petronas),” katanya.

Terdahulu, Kabinet telah bersetuju untuk melantik Abdullah sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu, berkuat kuasa 1 April yang lalu.

Pelantikan tersebut bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");