Sukan Hari Ini

Nauraj ada kelas

Kuala Lumpur: Kejayaan melakukan catatan 2.29 meter menyaksikan Nauraj Singh Randhawa kini berkongsi kedudukan sebagai atlet kedua terbaik dunia dalam ranking semasa Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Atlet lompat tinggi negara yang berada pada kedudukan ke-11 sebelum kejohanan di Singapura kini berkongsi kedudukan dengan tiga atlet lain dengan Jamal Wilson dari Bahamas di kedudukan pertama dengan 2.30 meter.

Kedudukan itu adalah bagi pertandingan luar dewan tanpa mengambil kira pertandingan dalam dewan.

Ia turut melonjakkan dia muncul atlet nombor satu Asia berkongsi dengan Wang Yu dari China yang turut melakukan catatan sama.

“Saya tidak mahu terlalu gembira kerana pertandingan luar dewan baru saja bermula terutamanya di Eropah.

“Namun ia tetap sesuatu yang menggembirakan. Apa yang penting saya sudah melayakkan diri secara merit ke Olimpik Rio,” katanya.

Jelas atlet berusia 24 tahun itu, sasarannya adalah melayakkan diri ke pusingan akhir di Rio.

“Buat masa ini saya tidak mahu meletakkan sebarang catatan yang mahu dicapai sebelum Olimpik. Saya akan cuba melakukan catatan yang lebih baik,” ujarnya.

Kejayaan itu turut mencetuskan harapan Nauraj supaya dia disenaraikan dalam Program Podium.

Pada masa yang sama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) turut mempertimbangkan Nauraj meneruskan latihan bersama jurulatih Alex Stewart dari Australia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");