Isu Panas

BN Tidak Terima Calon Bebas – Najib

MIRI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima calon Bebas sebagai anggotanya walaupun mereka menang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

Perdana Menteri berkata calon Bebas tidak boleh berbuat apa-apa jika mereka menang sekalipun.

“Jadi, kita ada dua calon yang kita boleh sokong iaitu calon langsung BN di Bekenu (Rosey Yunus) dan calon BN di Lambir, Ripin Lamat,” katanya ketika mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 2,300 penduduk tempatan di Sibuti, Bekenu, 50km dari sini, Sabtu.

Rosey dan Ripin turut hadir pada majlis tersebut.

Rosey, penyandang kerusi itu akan ditentang calon PKR dan dua calon Bebas, manakala Ripin berdepan calon PAS dan PKR.

Najib turut merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sibuti, yang merupakan RTC kedua di Sarawak selepas RTC Betong.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");