Jenayah

Padah ponteng sekolah

Pelabuhan Klang: Sembilan belas pelajar sekolah menengah termasuk tiga pelajar perempuan dicekup kerana ponteng sekolah dalam Ops Menyusur Kasih dijalankan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang di sekitar bandar ini, pagi tadi.

Operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu bermula 9 pagi.

Operasi memberi tumpuan di beberapa lokasi antaranya stesen bas, restoran dan kafe siber.

Ketua Penolong PPD Klang (Unit Pembangunan Kemanusiaan), Mohd Abd Hamid Ali berkata, operasi itu diadakan bagi mengawal gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah di daerah berkenaan dan dijalankan sejak 2010.

“Sejak dilaksanakan kita dapat lihat kadar penurunan pelajar ponteng sehingga 95 peratus dan itu adalah sesuatu yang sangat positif.

“Pelajar ini akan diberikan kaunseling supaya dapat mengenal pasti masalah sebenar yang mengakibatkan mereka terbabit dengan gejala berkenaan seterusnya ia juga dapat membantu mereka memperbaiki diri masing-masing,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Dato’ Hamzah, di sini.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");