Sukan Hari Ini

Juwaidi perlu fokus

Kuala Lumpur: Pemanah compound negara Juwaidi Mazuki (gambar) diharap terus mempamerkan persembahan konsisten pada siri pertama Piala Dunia di China bermula esok.

Juwaidi cemerlang pada siri pertama Piala Asia di Thailand bulan lalu apabila meraih gangsa acara individu selain meraih perak apabila bergandingan dengan Zulfadli Ruslan dan Lee Kin Yip bagi acara berpasukan.

“Semua persiapan untuk bersaing di Shanghai berjalan lancar dan saya harap ia berterusan semasa kejohanan nanti.

“Saya tidak mahu meletakkan sasaran tinggi atau pingat kerana ini kejohanan antarabangsa pertama yang pastinya menarik ramai pemanah terbaik untuk tampil bersaing. Saya perlu kekal tenang dan fokus dalam menghadapi kejohanan ini,” katanya.

Bagaimanapun pemanah berusia 26 tahun itu mengakui perlu segera menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di Shanghai bagi membolehkannya mempamerkan persembahan terbaik.

“Saya difahamkan kali ini cuaca lebih sejuk namun pengalaman beraksi di sana tahun lalu mungkin memberikan sedikit kelebihan untuk cepat menyesuaikan diri,” ujarnya.

Turut menggalas cabaran negara adalah pemanah wanita negara diketuai Fatin Nurfatehah Mat Salleh selain pemanah dalam kategori recurve kendalian jurulatih Lee Jae Hyung.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");