Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Ubah Prinsip Perjuangan

KUALA LUMPUR: Pas dilihat seperti berlembut terhadap Umno ketika ini berbanding dahulu yang memperlihatkan Pas lebih tegas dalam menentang Umno dan BN.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah, ia berdasarkan kepada kaedah dan pendekatan parti berdasarkan perkembangan semasa.

Bagaimanapun jelasnya ia tidak mengubah prinsip perjuangan Pas berteraskan kepada al-Quran dan sunnah.

“Dari segi uslub atau metod, parti sudah membuat gagasan ke arah politik matang dan sejahtera antaranya kita tolong menolong dalam perkara baik dan bertakwa tetapi kita tidak tolong-menolong dalam perkara kerosakan. Dari segi prinsip dan dasar tetap sama,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Tambahnya ia tidak bermaksud pihaknya mahu bekerjasama dari sudut politik dengan Umno atau menjalin hubungan dengan parti itu sebagaimana dakwaan dimainkan segelintir pihak.

Jelasnya, mereka yang membawa isu sedemikian sebenarnya tidak melihat masa depan Islam tetapi hanya melihat dari sudut politik semata-mata.

Tegasnya lagi, uslub itu adalah salah satu strategi ke arah memperkuat Pas dan mendapat sokongan daripada lebih ramai pengundi.

Beliau bagaimanapun menyatakan kenyakinan bahawa isu dimainkan itu tidak menjejaskan parti malah Pas lebih diberi perhatian oleh pengundi apabila penerimaan masyarakat terhadap parti itu semakin baik sejak kebelakangan ini.

“Ini ditakuti oleh musuh-musuh politik kerana rakyat melihat dari segi prinsip dan dasar, Pas tidak berubah. Sepatutnya mereka tengok kepada perkembangan semasa dan ia boleh memperkuatkan Pas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");