Sukan Hari Ini

Peluang terakhir Red Devils buru trofi

London: Selepas melihat harapan mereka layak ke Liga Juara-Juara semakin pudar hujung minggu lalu, West Ham dan Manchester United berdepan aksi ulangan suku akhir Piala FA Inggeris awal pagi esok dengan motivasi tersendiri.

Bagi West Ham, pertandingan itu menjadi peluang terakhir untuk melengkapkan musim terakhir mereka di Boleyn Ground, yang akan menjadi gelanggang Piala FA buat kali terakhir, dengan satu trofi kejuaraan.

Pengurus pelawat Louis van Gaal pula mungkin perlu menjuarai Piala FA jika beliau berhasrat mengekalkan jawatannya selepas kekalahan 0-3 di tangan Tottenham Hotspur Ahad lalu menyebabkan pasukannya ketinggalan empat mata berbanding tempat ke Liga Juara-Juara dengan berbaki enam perlawanan.

“Ia peluang terakhir memburu kejuaraan jadi ia amat penting buat pemain, kelab, pengurus dan penyokong,” kata pengendali dari Belanda itu, yang masih belum merangkul sebarang trofi dalam dua musim di Old Trafford.

“Kami juga berehat kurang sehari berbanding West Ham, ia turut penting. Tapi, kami sudah buktikan menentang Arsenal dan Man City (dalam Liga Perdana) sekalipun berehat kurang sehari kami mampu mengalahkan mereka.

“Jadi, harapnya kami boleh cergas semula, juga dari segi mental kerana kekalahan ini (kepada Tottenham) satu lagi tamparan terhadap kami. Tapi, setiap orang tahu ini adalah peluang terakhir.

“Kedua-dua pasukan perlu menanganinya. Kedua-dua pasukan tahu apabila anda tidak menang, anda tersingkir daripada piala dan anda tidak menang sebarang kejuaraan.”
– AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");