Isu Panas

Singkir MB provokasi terdesak

SEGAMAT: Dakwaan kononnya wujud gerakan menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah provokasi terdesak pihak tidak bertanggungjawab untuk menghuru-harakan Umno Johor.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, beliau yakin muafakat Umno Johor akan terus kukuh dengan tidak melayani sebarang khabar angin yang hanya merugikan institusi itu sendiri.

“Pihak yang mewujudkan provokasi ini sebenarnya menyedari kekuatan Umno di negeri ini dan mereka cuba untuk mengganggu permuafakatan serta keharmonian sedia ada dengan melaga-lagakan kepimpinan Umno.

“Yang penting, semua peringkat parti perlu memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab serta melaksanakan amanah dengan penuh komitmen padu dalam usaha mengukuhkan Umno Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Segar Amat Deejay Segamat (SADJS) di Pasaraya One Segamat, di sini.

Menurutnya, beliau berharap tidak ada ahli Umno di negeri ini yang terperdaya dengan provokasi tersebut kerana agenda paling utama adalah memperkukuhkan gerak kerja parti menjelang PRU14.

“Kita di peringkat sayap dalam apa juga keadaan sudah pasti menyokong kepimpinan Pengerusi Umno negeri dan pada masa sama, amanah kita akan terus ditunaikan kerana itulah yang penting dan inilah komitmen kita kepada parti.

“Sebenarnya, cerita-cerita yang tiada kesahihan ini tidak perlu dilayan sama sekali, kerana merugikan masa kita kerana gerakan Muafakat Umno Johor yang diterajui Mohamed Khaled dilihat semakin utuh,” katanya.

Pada masa sama, Pengerusi SADJS, Jamaludin Haseman berkata, kewujudan kelab itu akan memberi impak besar dalam bidang pengacara kepada jabatan kerajaan, swasta dan lain-lain.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 25 ahli yang telah menyertai SADJS, selain mengalu-alukan penglibatan belia dalam bidang pengacara melalui kursus asas jangka pendek dalam bidang Pengacaraan Majlis Secara Profesional.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");