Berita Hari Ini

Pemberian gelaran di luar institusi adat salah – KM

ALOR GAJAH: Penganjuran majlis Adat Istiadat Naning hanya terangkum dalam institusi adat itu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, Lembaga Adat Naning adalah institusi adat yang termaktub dalam Perlembagaan Tubuh Negeri, bukan kerajaan yang boleh memberi anugerah membawa gelaran Datuk Seri atau Datuk.

Beliau berkata, penganjuran majlis gelaran di luar daripada konteks istiadat dianggap sebagai kesalahan dan tindakan boleh diambil.

“Kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang berkaitan pengiktirafan dan penganugerahan darjah kebesaran serta penggunaan logo.

“Ia dijangka dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal Jun ini,” katanya sebagai mengulas penahanan 27 individu termasuk seorang doktor dan tiga wanita oleh polis dalam majlis makan malam sempena penganugerahan darjah kebesaran di Alor Gajah, malam kelmarin.

Semua individu berusia antara 20 hingga 62 tahun itu ditahan susulan laporan orang ramai berhubung penganjuran majlis anugerah pada pagi hari sama.

Turut dirampas sejumlah jenis pingat kebesaran Naning, beberapa selempang adat, songkok berlilit kain kuning, tengkolok, watikah dan lencana songkok.

Terdahulu, Idris menyertai Program Lawatan Kerja di DUN Taboh Naning di sini, hari ini.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");