Jenayah

Kesan tikaman bongkar punca kematian

Segamat: Lelaki berusia 40-an ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 11, Jalan Jementah-Segamat di sini, awal pagi tadi dengan kesan tikaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan Yusuf Unis berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Zainuddin Md Ali.

katanya, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kemalangan di kawasan itu pada 1.30 pagi.

“Pada mulanya mangsa disangka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, namun pemeriksaan lanjut menemui kesan tikaman.

“Beberapa bahagian badannya turut luka termasuk di kepala,” katanya.

Menurutnya, pemandu dan empat penumpang Perodua Myvi berusia 20-an termasuk dua wanita warganegara Thailand wanita yang berada di tempat kejadian dipercayai terbabit dalam kemalangan itu ditahan.

Yusuf berkata, terdapat kesan kemik pada bahagian pintu dan beberapa bahagian lain Perodua Myvi dinaiki lima yang ditahan itu, selain kesan kemik Proton Wira milik mangsa.

Katanya, saksi kejadian diminta supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di 07-9324222 bagi membantu siasatan.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");