Panasnya Hari Ini

Penjelasan Arab Saudi: ‘Satu Kemenangan Besar’

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyifatkan penjelasan Arab Saudi mengenai status derma RM2.6 bilion baru-baru ini sebagai ‘kemenangan besar’ dalam usaha membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia.

Ujarnya, perkara itu mampu mengembalikan keyakinan rakyat di peringkat akar umbi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib.

“Terbukti Perdana Menteri tidak terbabit dalam isu berkenaan, …semua sudah dijelaskan oleh kerajaan Arab Saudi. Di Sarawak, kita amat gembira dan bersyukur dengan perkembangan, malah ia begitu bermakna dalam keadaan kita bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

“Kita sudah dimaklumkan perkara yang sebenarnya, …rakyat sudah tahu apa sebenarnya berlaku. Justeru, kita yakin ia mampu meningkatkan sokongan terhadap BN.

“Kita sudah ada enam Perdana Menteri tetapi Najib yang paling dekat di hati ‘Anak Sarawak’. Sudah 50 kali sepanjang enam tahun menjadi Perdana Menteri, beliau melawat Sarawak hingga ke segenap pelusuk negeri dengan membawa bersama pelbagai projek pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Fasa Keempat Projek Lebuhraya Pan Borneo – Pakej Jajaran Simpang Bintangor – Jambatan Sungai Kua, di Sarawak, hari ini memetik sumber Berita harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");