Panasnya Hari Ini

Penyuntingan Ayat Tak Jejaskan Laporan PAC – Hasan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berkata, penyuntingan beberapa ayat dalam laporan agensi itu mengenai 1MDB tidak menjejaskan keseluruhan laporan.

Ujarnya, ayat tersebut yang dikeluarkan adalah kerana ia berstatus belum jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam.

“Perkara ini telah dimaklumkan ketika pembentangan laporan kepada semua anggota PAC pada 7 April lepas.

“Memasukkan penyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan,”ujarnya, lapor Antarapos.

Berikutan itu, Hassan berkata pihak berkuasa seperti pihak polis yang mempunyai kepakaran khusus bagi melaksanakan tanggungjawab itu telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sebarang salah laku.

Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga merupakan Ahli PAC, Tony Pua mendakwa beberapa ayat dalam laporan akhir 1MDB telah dikeluarkan yang melibatkan mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Selain itu, Tony juga mendakwa, antara ayat lain yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB itu.

Ujar Tony lagi, maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada Barisan Nasional dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");