Berita Hari Ini

Perbetul salah faham mengenai Islam, Allah: Dr Zakir Naik

JERTIH: Umat Islam tidak boleh mengkritik dan menjauhi orang bukan Islam yang tidak mempercayai kewujudan Allah dan agama Islam, sebaliknya perlu memberikan penjelasan tepat yang akhirnya boleh mengubah salah faham itu.

Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, berkata menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menjelas dan membuktikan bahawa Islam bukan agama yang kejam seperti anggapan dan persepsi segelintir pihak.

Katanya, ada tiga jenis orang yang tidak mempercayai kewujudan Allah.

Pertama, orang yang langsung tidak mempercayai kewujudan Allah. Kedua, orang yang tidak pasti Allah itu wujud dan ketiga, orang yang tahu Allah itu wujud, tetapi tidak dapat membuktikan kewujudan Allah.

“Ramai orang yang salah faham mengenai kewujudan Allah dan kesyumulan Islam.

Sebagai orang Islam, kita perlu maafkan golongan ini dan bantu beri penjelasan yang boleh meyakini mereka bahawa Allah itu wujud.

“Banyak ciptaan Allah di dunia ini yang boleh membantu kita memberi penjelasan dan membuktikan kewujudan-Nya,” katanya pada syarahan umum bertajuk `Adakah Allah Wujud’ di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut di sini, malam ini.

Lebih 5,000 termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, menghadiri syarahan umum itu.

Pendakwah ulung itu ketika ini dalam siri jelajah ke Terengganu sejak Sabtu lalu.

Syarahan terakhir beliau di negeri ini adalah di Padang Astaka Kemaman, esok, dengan tajuk syarahan ‘Muslim Choice- Dakwah or Destruction’.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");