Berita Hari Ini

Perbincangan dua hala pasar produk Malaysia ke Thailand

SUNGAI GOLOK – Perbincangan dua hala bagi mamasarkan produk Malaysia ke Thailand akan dipertingkatkan termasuk barang kawalan bersubsidi kerajaan.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sekiranya usaha untuk nemasarkan produk berkenaa ke negara jiran, ia sepatutnya dijual tanpa subsidi kerajaan.

Selaras dengan kerjasama antara negara-negara Asean katanya, hubungan dua hala dengan sahabat negara paling hampir, Thailand akan dipertingkatkan melibatkan pemasaran produk tempatan.

Menurutnya, tiada sebarang sekatan untuk pemasaran produk bersubsidi ke Thailand ke seluruh negara Asia namun perlu mengikut saluran yang betul dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kita juga akan membincangkan dari segi pembungkusan yang lebih relevan dan produktif kepada pengguna.

“Kita dapat tentukan produk negara-negara Asean, mutu serta menepati tanda aras supaya menemui harga berpatutan,” katanya selepas meninjau harga barang runcit di kedai terpilih sekitar Sungai Golok, Thailand, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");