Panasnya Hari Ini

Rafizi Berhak Saman Sesiapa Sahaja, Tapi Mahkamah Tentukan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhak menyaman sesiapa sahaja untuk dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal kewangan melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ujarnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Negara kita Malaysia ini adalah negara yang demokrasi, sesiapa sahaja termasuk Rafizi yang berhasrat untuk saman, ia terbuka, sama ada dia menang atau kalah itu terpulang kepada mahkamah,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Katanya, Rafizi juga boleh mengheret mana-mana individu yang beliau tidak puas hati berhubung skandal melibatkan anak syarikat kerajaan itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR itu yang kini memburu individu-individu yang bertanggungjawab terhadap 1MDB menerusi kempen #1MDBWanted.

Jutawan, Low Taek Jho antara individu pertama akan disenarai oleh Rafizi berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Terdahulu Rafizi berkata, satu senarai nama dikehendaki berhubung 1MDB akan disiarkan, jika mereka yang melindungi individu bertanggungjawab terhadap hutang 1MDB tidak tampil dan mendedahkan maklumat yang boleh membuktikan salah laku “orang-orang atasan”.

Antara yang dinamakan oleh Rafizi ialah jutawan, Low Taek Jho, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Casey Tang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");