Berita Hari Ini

Perlis mohon pembenihan awan

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis meminta kerajaan pusat melakukan pembenihan awan di negeri ini segera berikutan paras air Empangan Timah Tasoh berada pada paras kritikal 26.40 meter, kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kelmarin paras air empangan itu merekodkan 26.42 meter menunjukkan air susut agak cepat dengan paras kritikal adalah 26.50 meter.

“Pembenihan awan adalah langkah terbaik bagi meningkatkan paras air akibat kemarau yang melanda,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Perlis, Abdul Najib Abdullah berkata, pembenihan awam adalah pilihan terbaik buat masa ini.

Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Mat Rawi Kassim pula berkata, paras air menurun dengan begitu drastik sekali walaupun ada hujan sedikit kebelakangan ini.

“Hari ini (semalam) paras air di tahap 26.37 meter berbanding semalam 26.40 meter,”katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang berbincang dengan agensi terlibat untuk menjalankan proses pembenihan awan dalam jangka masa terdekat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");