Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: BN Yakin Bakal Menang Besar

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof, menegaskan bahawa isu sampingan seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sudah diperjelaskan oleh kerajaan tidak akan memberi kesan atau mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).

Ujarnya isu berkenaan sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

“Insya-Allah, orang memandang positif mengenai perkara ini dan Perdana Menteri serta Ketua Menteri gembira dengan persediaan kita setakat ini,” katanya memetik sumber Berita harian.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin dengan unjuran Adenan bahawa BN Sarawak mampu memperolehi kemenangan antara 60 hingga 70 kerusi pada pemilihan kali ini, jelasnya beliau yakin perkara itu dapat dicapai.

“Pemuda BN Sarawak sudah mula menggerakkan jenteranya untuk menemui ahli pada peringkat akar umbi di seluruh negeri menerusi Program Armada sejak 2 April lalu dan semua maklum balas setakat ini amat memberangsangkan.

“Kita akan menjelajah ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama lima hari bagi mendapatkan maklum balas penduduk akar umbi bagi membolehkan perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan,” katanya.

Terdahulu, Adenan mengumumkan pencalonan Setiausaha Politik Fadillah, Fazzrudin Abdul Rahman, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, menggantikan penyandang, Datuk Daud Abdul Rahman, manakala Gerald Rentap Jabu menggantikan bapanya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang di DUN Layar.

Selain Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, PBB turut memiliki dua lagi wakil rakyat dari kalangan pemimpin Pemuda, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat dan ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");