Isu Panas

Akar umbi mahu Perdana Menteri saman WSJ

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) jika benar laporan portal luar negara itu adalah fitnah.

Harapan itu disuara pesara tentera yang memperkenalkan diri sebagai Abdul Kahar pada Sesi Dialog dan Penerangan Isu Semasa anjuran Umno Penerangan dan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) di Taman Gadong Jaya, malam kelmarin.

Menurutnya, bagi mengembalikan maruah, rakyat berharap Perdana Menteri mengambil tindakan tersebut.

“Kami sebagai akar umbi mahu Perdana Menteri saman bagi membuktikan tuduhan itu fitnah dan bukannya setakat bercakap kepada umum ia fitnah sahaja, kita perlukan tindak balas,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang merupakan panel penceramah pada program berkenaan berkata, disebabkan masih belum pasti dengan undang-undang media massa di Amerika Syarikat menyebabkan tindakan saman masih belum diambil.

Beliau bagaimanapun percaya peguam dilantik sedang kaji sama ada sesuai atau tidak tindakan terbabit diambil.

“Masalah sekarang syarikat itu berpengkalan di New York, apa undang-undang di sana? Kalau di sini tiada masalah, tapi saya yakin peguam kita sedang buat kajian,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");