Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: Pakatan Harapan Umum Satu Lawan Satu

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan bertanding satu lawan satu antara PKR, DAP dan Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, pihaknya telah mencapai persetujuan tersebut bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang pertindihan antara sesama mereka.

“Kita tiada pertindihan (PKR, DAP & Amanah) antara kami dan kita akan bertanding satu lawan satu di Sarawak. Perkara ini telah dipersetujui dalam mesyuarat (Majlis Presiden Pakatan Harapan) tadi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Namun begitu, Wan Azizah berkata, butiran mengenai jumlah kerusi dan calon yang bertanding dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, pihaknya masih lagi memperincikan tentang pembahagian kerusi berkenaan.

“Kita sudah selesai (pembahagian kerusi) dalam gambaran besar, kemudian perinciannya kita tengah muktamadkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata PAS tidak terlibat dalam perbincangan bagi membuat keputusan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu berkenaan.

“PAS tiada dalam mesyuarat ini,” tegasnya.

Beliau berkata lagi, Pakatan Harapan menyasarkan untuk memenangi PRN Sarawak dengan jumlah kerusi DUN lebih banyak berbanding PRN Sarawak ke-10 pada 2011.

“Kita sasarkan di mana kita akan bertanding, kita sasar untuk menang. Kita tahu realiti di akar umbi. Kita tunggu pengundi memberikan mandat kepada kita.

“Kita tak bincangkannya (ambil alih Kerajaan Negeri Sarawak), kita hanya bincang bagaimana nak menang dulu,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan menjadi isu besar semasa proses berkempen di Sarawak nanti.

“Tak ada, itu kat Pulau Pinang. Tak lah (jadi isu), isu tanah adat lebih besar di Sarawak.

“(Sebaliknya) isu GST, tanah adat, dan kos sara hidup sangat beri kesan kepada pengundi Sarawak,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");