Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: PKR, DAP Bercelaru – Adenan

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP disifatkan sebagai parti yang bercelaru apabila bertembung sesama sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, ujar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Adenan yang dipetik portal bnbbc.my berkata, beliau percaya bahawa pembangkang gagal mencapai persetujuan apabila DAP dan PKR bertanding di kerusi yang sama atau mereka meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.

“Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka,” katanya pada sidang media selepas disahkan bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Isnin, lapor portal Pro Barisan Nasional tersebut.

Terdahulu,  Adenan bertanding satu lawan satu dengan wakil PKR, Jazolkipli Numan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kehadiran Jazolkipli tanpa ditemani oleh pencadang dan penyokong turut memberi petanda buruk kepada pembangkang.

Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong.

Kedua-dua parti turut mengemukakan pencalonan mereka di Murum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");