Sukan Hari Ini

Habuan persiapan sempurna

Manchester, England: Manuel Pellegrini memuji persediaan sempurna Manchester City ketika membelasah Stoke 4-0 menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, awal pagi Rabu ini.

Skuad Pellegrini melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dan semakin hampir layak ke Liga Juara-Juara musim depan menerusi dominasi mereka di Eastlands, kelmarin.

Mereka juga berpeluang merehatkan beberapa pemain utama untuk menanti kunjungan juara Eropah 10 kali, Real ke Manchester.

“Adalah penting mempunyai fokus terhadap perlawanan ini dan bukannya pada Selasa,” kata Pellegrini.

“Kami lakukan perkara sama sebelum menentang Paris Saint Germain (pada suku akhir) dan menampilkan aksi cemerlang ketika menentang Bournemouth.

“Inilah cara terbaik (untuk melakukan persiapan). Perkara paling penting adalah keputusannya dan menjaringkan empat gol tanpa bolos amat penting.

“Namun, kami beraksi dalam lapan perlawanan sepanjang 30 hari maka amat penting untuk menggilirkan pemain.”

Pellegrini merehatkan Fernandinho dan kapten Vincent Kompany namun kedua-duanya boleh beraksi pada awal pagi Rabu dan Kompany sudah kembali berlatih sepenuhnya selepas direhatkan akibat kecederaan betis terkini ketika seri 1-1 dengan Newcastle Selasa lalu. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");