Panasnya Hari Ini

Ramasamy Tidak Boleh Dimaafkan- Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh memaafkan Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy yang bertindak mengelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

Ujarnya, Ramasamy seorang pemimpin bermulut celupar kerana langsung tidak sensitif dengan penganut Islam sebelum menulis perkataan itu di status Facebooknya yang kemudian memadamnya selepas menerima bantahan.

“Dia (Ramasamy) boleh mohon maaf, tetapi sama ada orang terima atau tidak saya tidak tahu. Tetapi bagi saya, saya tak maaf atas penghinaan dia , kecaman dia kepada Dr Zakir Naik, dia boleh minta maaf sejuta kali tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya tidak maafkan dia.

“Saya tengok Ramasamy seorang Timbalan Ketua Menteri yang mulut celupar, nampaknya dia nak menunjukkan dan menterjemahkan diri dia ini sebagai hero bagi masyarakat India.

“Dia nak menjadi lebih hero dari P.Uthayakumar (Hindraf), bila Uthayakumar cakap pasal isu berkaitan kepentingan orang Hindu, diapun nak tunjuk dia lebih hero daripada Uthayakumar, sebagai pejuang kaum Hindu dia tidak tahu bahawa percakapan dia ini merugikan kaum Hindu,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Terdahulu kehadiran Dr Zakir mmenjadi kontroversi, selepas beberapa kumpulan menyuarakan rasa kurang senang terhadap isi kandungan ceramahnya dan menggesa kerajaan melarang beliau daripada memberi syarahan umum bagi mengelakkan perpecahan.

Syarahan umum Dr Zakir di Melaka menjadi kontroversi kerana topiknya yang didakwa menyinggung penganut Hindu. Kerajaan membenarkan syarahan itu diteruskan tetapi topik syarahan ditukar.

Mengulas dakwaan kononnya Ramasamy mempunyai hubungan dengan Kumpulan Militan Tamil Eelam (LLTE) seperti yang disebarkan di laman sosial, Ibrahim berkata, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat berkenaan tuduhan itu.

“Saya tidak tahu kebenaran dakwaan ini tetapi jika benar ia tuduhan serius kerana LTTE juga satu gerakan pengganas militan seperti ISIS dan Al Qaeda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");