Perak Hari Ini

Rumah Mampu Milik : MK Land Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri

IPOH: Kumpulan MKLand Holding Bhd (MK Land) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik di seluruh negara.

Pengasas Utama MK Land, Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, sehingga kini syarikatnya telah membina sebanyak 30,600 unit rumah mampu milik di Perak dan Selangor yang bernilai sekitar RM2 bilion.
4 (6)

“Kerajaan negeri-negeri lain boleh menggunakan khidmat MK Land untuk membina rumah mampu milik dan saya dah buktikan bahawa kami mampu membina rumah mampu milik untuk pembeli.

“Ini kerana, saya memikirkan banyak tanah-tanah di setiap negeri yang boleh mendatangkan hasil kepada kerajaan. Jadi kenapa tidak ditukar gantikan menjadi rumah mampu milik kerana itu yang diperlukan oleh kerajaan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan jualan 162 unit rumah mampu milik di Taman Meru Perdana, di sini, pagi tadi.

Jelas Mustapha Kamal lagi, beliau juga tahu kerajaan menerusi beberapa agensi perumahan turut membina rumah mampu milik untuk rakyat, namun tidak salah sekiranya pembeli diberi lebih banyak pilihan untuk membeli rumah.

Tegas beliau, MK Land yang merupakan sebuah syarikat Bumiputera telah membuktikan bahawa mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka sejajar dengan kehendak-kehendak kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat memiliki rumah.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan agar pihak yang berkaitan dapat memperkemaskan lagi sedikit prosedur untuk membantu pembeli rumah pertama (first time buyer) untuk memiliki rumah.

Terdahulu, MK Land kini akan membangunkan projek perumahan mampu milik, iaitu Ruby di Klebang Putra, di sini yang mengandungi 162 unit rumah mampu milik.

Projek Ruby ini adalah projek kedua bagi Fasa 2, di Klebang Putra selepas projek pertamanya yang mengandungi 215 unit rumah telah berjaya dijual.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");