Sukan Hari Ini

Sakho ‘sangkut’ doping?

Liverpool, England: Minggu cemerlang Liverpool digugat tekanan diberikan oleh Mamadou Sakho, yang diketepikan kelab apabila disiasat UEFA mengenai kemungkinan melanggar peraturan doping.

Sakho, bek tengah Perancis yang menjadi nadi pasukan sejak beberapa minggu lalu, direhatkan daripada pasukan yang seri 2-2 ketika menentang Newcastle di Anfield kelmarin, juga untuk perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa menentang Villarreal awal pagi Jumaat ini.

Skuad Juergen Klopp yang mensia-siakan kelebihan dua gol ke atas Newcastle yang dikendalikan bekas pengurus yang berjaya menjulang Liga Juara-Juara, Rafael Benitez, turut memburu lima tangga teratas yang bakal menjamin peluang mereka ke Liga Europa musim depan.

“Tiada apa yang hendak dikatakan mengenai ketiadaan Mamadou,” kata Klopp.

“Kenyataan sudah dibuat dan itu yang boleh kami katakan ketika ini. Kami akan tahu lebih banyak mengenainya minggu depan.”

Sakho yang masa depannya bersama Perancis untuk Euro 2016 mungkin terjejas dijangka meminta untuk membuat ujian sampel B dengan tarikh akhirnya esok.- AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");