Panasnya Hari Ini

Saluran TV Kerajaan Perlu Papar Laporan Four Corners, Untuk Buktikan Najib Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tampil mencabar kerajaan supaya menyiarkan program Four Corners dalam saluran televisyen kerajaan secara keseluruhan supaya rakyat Malaysia boleh menilai sendiri sama ada Datuk Seri Najib Razak bersalah atas dakwaan rasuah yang dibuat terhadap beliau.

Memetik sumber catatanya di blog milik beliau, Dr Mahathir turut mendesak agar kerajaan menubuhkan ‘Suruhanjaya Berkecuali’ untuk menyiasat sumbangan derma, memulakan semula siasatan yang sebelum ini telah berhenti.

Terdahulu, program yang disiarkan oleh Australian Broadcasting Corporation pada Isnin lepas, telah menyelitkan temu bual Tun Dr Mahathir Mohamed dan pendedahan surat yang menunjukkan wang yang dibayar ke dalam akaun Najib pada tahun 2013 adalah ‘hadiah’ ahli keluarga diRaja Saudi.

Dr Mahathir menyifatkan surat itu sebagai ‘menakjubkan’ apabila individu yang dikatakan sebagai “Putera Arab Abdulaziz Al-Saud” pada tahun 2011 seolah-olah mengetahui bahawa pada tahun 2014, isu kewujudan ‘hadiah’ ini akan diungkit justeru memerlukan penjelasan mengenainya.

“Ini adalah berita baik, maka televisyen kerajaan harus menyiarkan berita ABC supaya semua orang tahu bahawa Najib berada di sisi benar. Tetapi jangan hanya siarkan sebahagian daripada program. Tunjukkan siaran laporan ABC yang sepenuhnya… ini untuk membuktikan Najib tidak bersalah,” catatnya.

“Hanya selepas itu akan rakyat akan yakin. Bahawa Najib hanya bercakap benar, semua yang benar, dan tidak lain kecuali kebenaran,” katanya.

Jelasnya lagi, orang yang menulis surat itu perlu dipersoalkan dari segi sumber harta, bank, dan cara pemindahan wang tersebut ke akaun peribadi Najib.

Surat itu juga katanya penuh dengan percanggahan mengenai berhubung tarikh, jumlah wang dan kekerapan pembayaran wang yang dihantar ke akaun Najib.

Beliau juga mempersoalkan penggunaan sebuah syarikat bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd dalam syarikat Kepulauan Virgin British yang kewujudannya telah dinafikan oleh Blackstone Group Amerika Syarikat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");