Panasnya Hari Ini

‘Saya Memang Pemakan Dedak’ – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui bahawa dirinya adalah ‘pemakan dedak’ seperti yang diperkatakan oleh ramai pihak sejak di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Katanya lagi, tindakan beliau yang ‘memakan dedak’ itu adalah untuk memperkuatkan parti.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan apabila terdapat perbezaan antara ‘dedak’ dahulu dengan ‘dedak’ yang beliau terima dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau dulu dia (Tun Mahathir) bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?

“Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,”katanya, lapor Sinar Harian.

Katanya, tindakan beliau yang ‘makan dedak’ itu adalah seperti apa yang Tun Mahathir berikan kepadanya.

“Dedak ada yang ‘special’ (istimewa) ke? Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak. Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih bagus.

“Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");