Berita Hari Ini

Seramai 131,841 Penagih Dikesan Sejak Januari 2010 – Zahid

KUALA LUMPUR: Seramai 131,841 penagih dadah dikesan dalam negara sejak Januari 2010 hingga Februari lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata menurut statistik yang dikeluarkan Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), penagih lelaki adalah seramai 127,797, manakala 4,044 orang merupakan penagih dalam kalangan wanita.

Katanya penyalahgunaan dadah dalam kalangan individu berusia 20 hingga 39 tahun merekod bilangan tertinggi iaitu 93,044 orang, diikuti penagih berusia 40 tahun ke atas seramai 29,355 orang, manakala penagih berumur 19 tahun ke bawah seramai 8,732 orang.

“Dari tahun 1983 sehingga kini, dadah masih menjadi musuh nombor satu negara,” katanya pada persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Chin Han yang ingin tahu statistik penagih dadah mengikut umur dan jantina bagi tempoh 2010 sehingga kini serta langkah yang diambil untuk mengatasi penyalahgunaan dadah.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");