Panasnya Hari Ini

Siasatan 1MDB Akan Berakhir Dengan Pendakwaan- Rafizi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menyatakan kenyakinan bahawa siasatan polis keatas laporan dakwaan salahlaku dalam 1MDB akan berakhir dengan pendakwaan.

Ia jelasnya sepertimana kontroversi berkaitan National Feedlot Centre (NFC) yang didedahkannya empat tahun lalu.

“Sama seperti kes NFC pada 2012, saya beri kerjasama penuh dan serah semua dokumen, dan ia berhasil dengan dakwaan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif NFC.

“Jadi saya yakin dengan hubungan kerja sedia ada antara saya dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), saya yakin mereka akan siasat sebaiknya dan sehingga tamat,” katanya memetik sumber laporan Freemalaysiatoday semalam.

Terdahulu pada 30 Mac lalu, Rafizi membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan pasukan pengurusan syarikat itu yang didakwa melakukan pecah amanah yang menurutnya terkandung dalam sebuah dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau turut menegaskan bahawa telah memaklumkan untuk menyenaraikan senarai pertama 110 senarai pesara tentera yang masih belum menerima caruman mereka kepada LTAT semalam.

“Saya minta mereka beri maklumbalas tentang status pembayaran selewat-lewatnya Isnin (4 April),” katanya lagi.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa kira-kira 1,200 anggota tentera yang tamat perkhidmatan masih belum menerima bayaran gratuti itu walaupun selepas enam bulan bersara.

Rafizi dilaporkan berkata, keupayaan LTAT membayar gratuiti terjejas kerana kelewatan pembayaran oleh 1MDB kepada sebuah anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) untuk projek pemindahan Pangkalan Udara di Sungai Besi berjumlah RM396.41 juta setakat September tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung PKR itu berkata beliau tidak mengetahui siapa yang menyerahkan dokumen itu kepadanya.

“Macam kes dulu (NFC), tak tahu siapa yang bagi dokumen pendedahan ini. Ia ditinggalkan di pejabat saya, (dan) PKR. Tapi (saya) tak rasa dari orang dalam PAC (Jawatankuasa Kira-kira Awam),” katanya.

Beliau bagaimanapun yakin dengan kesahihan dokumen itu berdasarkan pengalamannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");