Sukan Hari Ini

Super KIP akui Litar Americas mencabar

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi berjanji akan memperagakan tunggangan lebih baik dalam kelayakan ujian masa awal pagi esok bagi memburu petak depan Grand Prix (GP) Amerika.

Khairul Idham yang lebih dikenali dengan Super KIP berkata, dia masih lagi mempelajari dan menyesuaikan diri dengan selok belok Litar Americas yang masih asing baginya, tambahan pula perlu beraksi arah lawan jam.

“Ia betul-betul litar yang sungguh mencabar dengan banyak selekoh serta berbukit. Jadi, saya tengah menyesuaikan diri dan saya harap akan dapat memberikan persembahan 100 peratus esok untuk memburu petak depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Honda Team Asia.

Dalam sesi latihan bebas pagi tadi, Khairul Idham yang melakukan kejutan menjuarai GP Argentina minggu lalu sekadar menduduki tangga ke-21 apabila mencatat kepantasan 2 minit 18.361 saat pada sesi latihan bebas kedua.

Catatan itu lebih baik berbanding sesi latihan pertama apabila pelumba yang berusia 17 tahun itu yang beraksi bersama Honda Team Asia sekadar menduduki tempat ke-24 dengan kepantasan 2’20.903s.

Sementara itu, pengurus Honda Team Asia, Tadayuki Okada mengakui litar sejauh 5.515 kilometer itu sememangnya mencabar dan teknikal buat penunggang muda seperti Khairul Idham.

“Dia bekerja keras untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan trek. Jelas, dia menunjukkan peningkatan pada sesi latihan bebas kedua berbanding pertama,” katanya.

Seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin yang beraksi bersama Drive M7 SIC Racing Team menduduki tempat ke-29 pada sesi latihan pertama dengan catatan 2’21.574s sebelum memperbaiki kedudukan itu di tangga ke-24 pada sesi latihan bebas kedua dengan kepantasan 2’18.681s.

Pelumba Perancis Fabio Quartararo dari pasukan Leopard Racing KTM paling terpantas apabila mencatat kepantasan 2’16.250s pada sesi latihan kedua, manakala pelumba Sepanyol Jorge Navarro dari pasukan Estrella Galicia mengungguli sesi latihan pertama dengan kepantasan 2’17.433s.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142054

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");