Panasnya Hari Ini

Syed Saddiq Harap PAS Terus Beri Tekanan Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Abdul Rahman memohon agar PAS tetap memberi tekanan kepada kerajaan meskipun tidak menyertai mana-mana pihak, termasuklah Deklarasi Rakyat.

Ini kerana, kata Syed Saddiq, tekanan yang diberikan itu adalah untuk memastikan kelangsungan sistem ‘check and balance’ dalam sebuah kerajaan demokrasi.

“Saya cukup bersyukur bahawa perjuangan kami dan perjuangan PAS mempunyai matlamat yang sama iaitu reformasi institusi. Walaupun jalan yang telah kita pilih untuk mencapai destinasi tersebut adalah berbeza, saya akan sentiasa berdoa dan berusaha agar kejayaan itu akan tiba.

“Namun begitu, saya memohon agar walaupun tidak ada penyertaan secara langsung, PAS akan tetap memberi tekanan kepada kerajaan semasa untuk melakukan perubahan demi negara yang kita cintai ini, terutamanya dalam isu rasuah dan pecah amanah.

“Tekanan-tekanan ini cukup ‘vital’ bagi memastikan kelangsungan sistem ‘check and balance’ dalam sebuah kerajaan demokrasi,”katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, beliau turut berjanji untuk membaca artikel-artikel yang ditulis berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pecah amanah dan campur tangan dalam siasatan menerusi akhbar rasmi PAS, Harakah.

“Moga dengan cara ini, saya akan tahu dengan lebih jelas tentang pendirian PAS terhadap kepimpinan beliau (Najib),”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");