Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Mempertahankan Sesiapa’ –Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa beliau juga ingin mencari kebenaran mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut hanya berdasarkan kepada khabar angin.

“Saya telah beritahu anda bahawa (isu-isu berkaitan) 1MDB dan yang lain hanya akan dibincangkan selepas (laporan) Ketua Audit Negara (mengenai 1MDB) dibentangkan di Parlimen.

“Saya tidak akan bercakap perkara-perkara berdasarkan khabar angin…saya tidak mempertahankan sesiapa, saya mahu kebenaran,”tegasnya, memetik laporan Malaysiakini.

Beliau hari ini turut menjelaskan mengenai keputusannya untuk menyokong kepimpinan Najib selaku Presiden UMNO.

“Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)…secara rohani juga, orang UMNO,”katanya.

Atas dasar itu, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi, beliau seharusnya menyokong Najib yang kini dilanda masalah.

Tengku Razaleigh juga turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang berkata UMNO kini adalah parti Najib dan bukan lagi sebuah parti orang Melayu.

“Anda boleh bermain dengan kata-kata tetapi apanya (UMNO) yang sah? Ia sebuah masyarakat politik yang berdaftar, ia adalah sebuah parti politik yang ahli-ahlinya menyokong cita-cita dan objektif organisasi itu,”ujarnya.

Terdahulu, dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia, Tengku Razaleigh mengakui bahawa beliau masih menjadi ahli UMNO, sebaliknya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi ahli parti.

Berikutan itu, beliau sebagai ahli UMNO perlu menyokong presiden parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");