Perak Hari Ini

Tasik Bukit Merah: Perlu Tindakan Segera

KERIAN: Pihak yang berkenaan digesa untuk mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu paras air takungan utama tasik Bukit Merah telah mencapai tahap kritikal.

Paling membimbangkan, ia telah mengakibatkan beberapa kawasan tanaman padi telah kekurangan air dan berada dalam keadaan kering kontang.

IMG-20160425-WA0005
Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan kadar segera sehingga mendatangkan masalah kepada industri pertanian ia akan menjejaskan tanaman padi dan pendapatan rakyat dikawasan tersebut.

“Kerajaan Persekutuan perlu mengambil langkah pantas mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan yang menerima bencana ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas turut serta dalam menunaikan Solat Istisqa’ perdana (solat memohon hujan) yang diadakan di sini hari ini.

Solat tersebut dianjurkan oleh IADA Kerian bersama Pejabat Agama Daerah Kerian yang bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan suasana yang agak kritikal pada masa kini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kepada pihak berwajib supaya tampil memberikan bantuan berbentuk kewangan, terutamanya kepada golongan petani yang terjejas akibat masalah tersebut.

Sementara itu, Adun Semanggol, Mohd Zawawi Hassan meminta bantuan untuk jangka masa pendek diberikan bagi menyelesaikan masalah air dan kerugian yang dialami para petani.

“Kerajaan perlu ambil berat mengenai petani kerana hasil pendapatan mereka adalah daripada pertanian semata-mata.
“Kita khuatiri masalah air minuman tidak mencukupi dan juga keadaan sawah sudah kering akan memberi kesan kepada penduduk di sini,”katanya.

Selain itu katanya, rakyat sendiri perlu mempunyai satu prinsip berjimat cermat menggunakan air berikutan situasi yang dihadapi kini.

“Kerajaan perlu bertidak segera, dan kena isytihar bahawa kawasan ini adalah kawasan bencana dikhuatiri tiada pendapatan,” katanya.

Tambahnya umat Islam disaran dan perlu mengadakan solat dan berdoa kepada tuhan disamping insaf serta muhasab diri dengan bersungguh-sungguh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");