Panasnya Hari Ini

Teliti Cadangan Kurangkan Saman Trafik

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kementerian itu sedang meneliti cadangan untuk mengurangkan saman trafik kepada RM150 bagi kesalahan tertentu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beliau berkata, cadangan tersebut akan dibawa untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri.

Tambahnya, ia dijangka akan dilaksanakan selepas pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibuat.

“Kita sedang dalam perbincangan antara kementerian dan kerajaan mengenai penyelarasan kadar antara agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya sama.

“Pesalah trafik diberikan tempoh enam bulan untuk menyelesaikan saman. Jika melambatkan pembayaran selepas tempoh itu, kadar akan meningkat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, lapor Malaysia Gazette.

Jelas beliau lagi, ia tidak melibatkan semua kesalahan sebaliknya kesalahan tertentu seperti memandu melebihi had laju bawah 40km sejam dan 110 km sejam.

Gambar:- Malaysia Gazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");