Perak Hari Ini

Tiada Diskriminasi Dalam Pemilikan Rumah PR1MA

BAGAN SERAI: Tiada diskriminasi terhadap pemilikan rumah bagi projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di Bagan Serai, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Beliau berkata, segala keputusan akan dibuat oleh pihak PR1MA sendiri tanpa melibatkan pihak-pihak lain.

“Yang layak akan dapat rumah tersebut yang mana semua rakyat sama, tidak akan dibezakan mengikut parti-parti.

“Kita tengok kelayakannya dan tidak ada satu sen pun yang boleh dikutip daripada rakyat sebelum kelulusan dapat diberi kepada rumah ini,” katanya kepada pemberita pada Program Penerangan dan Pendaftaran Kediaman PR1MA @Bagan Seri di sini, hari ini.

PERAK TODAY 2

Sham berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menjalankan kutipan wang dengan menggunakan nama UMNO bahagian dan beliau sebagai ADUN yang mengatakan bahawa beliau mempunya kuota sendiri.

Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan dan penafiannya itu telah dibuat menerusi sedang media serta laman media sosial Facebook miliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 1,248 unit rumah telah ditawarkan menerusi PR1MA di Bagan Serai yang mana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di kawasan berkenaan yang tidak mempunyai rumah.

PERAK TODAY 1

Jelasnya, pelbagai skim telah ditawarkan termasuklah bagi golongan yang kurang berkemampuan.

“Mungkin ada dikalangan penduduk di Bagan Serai dan Daerah Kerian ini tidak mempunyai kemampuan untuk membeli atau memiliki rumah PR1MA ini, namun ada beberapa skim yang mana walaupun tidak cukup kelayakan RM2,500, dia boleh gabungkan pendapatan isi rumah,

“Hari ini ada beberapa skim dan kemudahan ini disediakan oleh pihak kerajaan untuk memberikan kediaman yang selesa kepada rakyat.

“Kita hendak semua rakyat miliki rumah sendiri dan ini termasuklah tindakan kerajaan negeri untuk mengadakan rumah mampu milik di Semanggol dan Alor Pongsu,” katanya lagi.

PERAK TODAY 4

Sementara itu, beliau berkata, apabila projek PR1MA tersebut membangun, ia tentunya mendatangkan persoalan kepada rakyat termasuklah bagaimana untuk membuat permohonan dan berapa harga yang ditawarkan.

“Sebab itu apabila kita tengok projek PR1MA ini yang mana hampir 60 hingga 70 peratus nak siap, kita mengambil langkah bersama dengan PR1MA nak bagi penerangan kepada rakyat untuk mereka faham,” jelasnya.

Tambahnya, projek berkenaan dijangkakan siap pada tahun 2018.

PERAK TODAY 3

Beliau turut berkata, sambutan terhadap projek berkenaan amat menggalakkan kerana permintaan melebihi daripada apa yang ditawarkan.

“Kita buka permohonan sebanyak 500 tetapi sekarang ada lebih daripada jumlah tersebut. Jadi kita akan buat proses undian untuk memastikan ianya adil.

“Kita rancang untuk mengadakan proses undian apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir datang ke Daerah Kerian untuk mengadakan program pemukiman pada bulan Mei nanti,” tambahnya lagi.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut dan pendaftaran PR1MA juga boleh memuat turun aplikasi pintar PR1MA ke telefon pintar masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");