Panasnya Hari Ini

PAS Ada Cara Sendiri Tolak GST

KUALA LUMPUR: Ketidakhadiran pemimpin PAS di Himpunan Tolak GST di Dataran Merdeka, semalam adalah kerana parti itu mempunyai cara tersendiri bagi menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan pemimpin PAS pada perhimpunan semalam.

“Kita tidak ‘one-off’, pergi berhimpun kemudian balik tidur. Sebagaimana menurut Pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Iskandar Abdul Samad) tindakan menentang GST adalah menerusi kawasan-kawasan.

“Tidak ada arahan (pimpinan pusat) untuk tidak hadir. Kita tidak hadir tidak bermakna kita tidak menentang GST, sebaliknya kita ada cara kita tersendiri. Kerana prinsipnya kita tidak bersetuju dengan GST,”katanya, lapor Antarapos.

Sebagai contoh, kata Khairuddin, PAS Selangor telah mengadakan beberapa program untuk menolak cukai GST itu secara terus kepada masyarakat.

Penjelasan beliau itu sekaligus telah menolak andaian ketiadaaan wakil PAS di himpunan semalam seolah-olah PAS ‘membenarkan’ tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pesuruhjaya PAS Selangor terlebih dahulu membuat himpunan menentang GST pada Jumaat di sebuah masjid di DUN Chempaka.

“Kata-kata dakwaan PAS sokong GST tidak betul, apa sahaja kaedah yang membebankan rakyat kita tidak bersetuju,”tegasnya.

Terdahulu, Pakatan Harapan telah menganjurkan Himpunan Tolak GST selepas setahun cukai tersebut dilaksanakan.

Lokasi utama perhimpunan tersebut adalah di Dataran Merdeka dimana empat lokasi dijadikan sebagai tempat berkumpul iaitu di Masjid Jamek Kampung Baru, Pasar Seni, Jalan Sultan dan Kompleks Beli Belah SOGO.

Himpunan tersebut turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengambil peluang untuk berucap dihadapan sekitar 2,000 orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");