Panasnya Hari Ini

Tiada Masalah AMANAH Tanding 13 Kerusi -PAS

KUALA LUMPUR: PAS tidak mempunyai sebarang masalah jika Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanding sebanyak 13 buah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut Naib Presidennya, Idris Ahmad, ia merupakan proses demokrasi dan partinya sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Tak apa. Itu demokrasi dan (Pas) tak ada masalah,” katanya ringkas ketika ditanya wartawan hari ini, lapor Sinar Harian Online.

Tambah beliau lagi, PAS telah melakukan persiapan untuk menghadapi PRN tersebut dan akan berlawan habis-habisan,

“Insya-ALLAH, kita akan lawan habis-habisan dan kita juga telah lama memulakan gerak kerja utk PRN Sarawak,”katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub telah mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding dalam 13 kerusi pada PRN Sarawak nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");